Dalam proses penghadaman.
Sebuah lagi buku jenama Hilal Asyraf aku miliki. Terima kasih mak, bagi duit. Kekeke. Terima kasih snf, jadi driver memenuhi keinginan adikmu yang ketagih mph. Kikiki.
Kumpulan cerpen tarbiah. Buku ni lain daripada Sinergi. Buku ini hanyalah himpunan karya cerpennya yang membawa maksud yang sama, betapa manusia memerlukan Allah dalam kehidupan seharian. Ya buku ini kandungannya hanyalah cerpen semata.
Pelbagai kisah. Pelbagai cerita. Pelbagai pengalaman. Pelbagai kata kata yang mampu menggetarkan jiwa.
Setakat ini cerpen cerpen yang aku sudah baca, tiada satu pun yang tidak mampu membuatkan aku tergetar. Goosebumps like all the time. Rasa sedih rasa nak menangis rasa kagum. Betapa indahnya kisah perjalanan hidup yang berpaksikan Allah. Sungguh, aku kagum dengan setiap satu cerpen yang terkandung.
Terima kasih kerana tidak pernah mengecewakan, Hilal Asyraf. Terima kasih kerana menghidupkan jiwa jiwa yang hampir mati dek terkurang DnT dalam diri. Salam bahagia daripada peminat kamu. Semoga inche sentiasa berada dalam perlindungan Allah :-)
P/s: entry-bahasa-jap-baca-buku-bahasa-bye.
Selamat ke sekolah wahai hati hati yang tak rela ((seperti aku kerana esok B2ST comeback!!!!!!!!!))
No comments:
Post a Comment