Hambar. Hambar. Hambar. Semuanya hambar. Hambar pada dirinya. Dia rasa semua yang berlaku pada dia adalah sesuatu yang hambar. Baginya, perkataan hambar mampu describe ((apa bm describe eh, lol)) semua yang berlaku terhadap dirinya. Dan dirinya sendiri hambar. Katanya. Aku tahu dan aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Semoga kamu tabah menghadapi ujian hidup ini, sayang.
Dan dia... dia yang suatu masa dulu seorang yang aku rapat dan tersangat tak boleh renggang berborak tentang perasaan sendiri dan bercerita antara satu sama lain.... Allah, indahnya. Terima kasih ya Allah. Sungguh aku rindu kenangan lalu. Walaupun sehari je bercakap dengan dia macam dolu dolu, pun dah terasa manisnya di situ. Ada hikmah dia terasa hambar dengan semuanya dan dia cerita dengan aku.... terima kasih...
Ain, ketawa lah seperti dulu.
Gembira lah seperti dulu.
Aku kangen dengan senyum indahmu.
Aku kangen dengan suara gembiramu.
Aku kangen dengan kepetahan mu.
Sedar lah sayangku.
Bangun dari tidurmu.
Hidupkan kembali jiwa jiwa yang pernah gembira seperti dulu.
Kerana semua itu adalah sesuatu yang cantik yang ada pada dirimu.
Hidup lah, biarkan jasad yang luka, selama Tuhanmu ada, engkau takkan tercela :-)
Kerana Tuhan itu ada di sisimu....
sentiasa!
No comments:
Post a Comment