8 Syawal 1435 Hijrah.

Assalamualaikum. Lapan Syawal. Hari Isnin bertarikh 4 Ogos 2014.

Pengumuman tentang tarikh berangkat ke Tanah Suci bagi para jemaah haji 1435 Hijrah.

Pada suatu petang, sepulangnya aku ke sekolah seperti biasa aku mengantuk dan akan meng-take-a-nap. Tapi entah mengapa, hari ini tidak seperti itu. Mungkin kerana pada seminggu syawal aku tidak tidur pada waktu waktu begini.

330pm. Mata aku mula ingin meng-take-a-nap. Sebaik sahaja aku menutup mata, terdengar abah yang tidak jauh dari tempat aku baring menelefon seseorang.

"assalamualaikum blablabla ((nama beliau)) kami pergi 28hb lapan la. ditulis sini 51 hari di sana. blablabla" PAAAAAAPPPP terasa macam terkena genjatan elektrik. terasa lebih parah dari itu. ya Tuhan....

abah, mak, tak boleh ke mohon dilambatkan? 40hari ke.... aku tak sedia ya Allah..... ����

ya Tuhan... terima kasih kerana beri nikmat kepada mereka meluangkan lebih waktu untuk berada dirumahMu... terima kasih kerana menghadiahkan trip ini sempena birthday mak ((27 Ogos bersamaan tarikh bersara mak tahun ni))... mungkin ini hadiah terindah untuk mak... terima kasih Allah...

Ya Tuhan...
Tabahkan hati aku untuk menghadapi situasi ini....
Kawalkan perasaan ego aku...
Sediakanlah buat aku hati yang kuat....
Jadikan aku seorang yang bersedia dalam segi fizikal dan mental.
Sesungguhnya Kau jualah yang memberi kekuatan...

Ya Tuhan...
Kuatkan fizikal dan mental mereka untuk persiapan ke sana.
Permudahkan urusan mereka.
Tabahkan hati mereka dalam menghadapi ujian di sana nanti.
Lindungi mereka.
Jagakan mereka buatku.

ya Tuhan...
Sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu...
Sesungguhnya Kau tidak pernah mengecewakan setiap hambaMu...
jadi aku mohon ya Tuhan--
berilah apa juga yang terbaik buat diri kami....

Amiin ya Rabbal Alamin....

Kalian, bantu aku. Bantu aku kutip setiap butir kekuatan untuk diri ini. Doakan aku kuat. ya Alia, kau harus kuat. Kau harus bersedia dari sekarang. Rabbi yassir wala tu'assir. ��

No comments:

Post a Comment