Penat. Letih. Dunia ini sungguh memenatkan. Beruntung bagi mereka yang sudah menunggu masa di alam barzakh untuk ke syurga. Moga aku, kamu, kita semua gapai syurga tanpa hisab. Moga. Amiinnn.
Kalian semua rakan aku. Mungkin kita tidak sekelas mahupun sama sekolah. Tapi itu bukanlah satu halangan untuk kita tidak berkawan. Kata orang kawan biar ramai. Tapi ada yang pertikaikan, "buat apa ramai kawan tapi ada bila susah je" kata Arif. Aku tiada jawapan untuk itu. Bagi pandangan aku, kawan biarlah ikhlas. Dia tak ada masa kita susah, tak apa. Dia cari kita hanya bila dia susah, tak apa. Jangan kita ikut perangai dia. Kan? Kalau kita pun buat macamtu, serupa je. Benda tak akan habis lah.
Aku masih ingat pada watak dalam Sinergi. Sungguh, aku idamkan persahabatan sedemikian. Moga suatu hari nanti. Moga.
Awak, walau kita tidak sekelas kamu tetap kawan aku. Sahabat baik aku. Jangan kamu rasa terpinggir. Jangan pula kamu menjauhkan diri daripada kami, aku terutamanya. Kerana sayang aku terhadap kamu tak pernah berubah. Lillah.
p/s; harini 19hb Ogos. Birthday salah seorang sahabat aku. Jadi aku ambil kesempatan ni ((ewah)) ingin mengucapkan selamat hari lahir. Happy Birthday, Muhammad Damaian Fitri Abd Aziz. Semoga panjang umur murah rezeki. Semoga berjaya dunia akhirat. Semoga menjadi pemimpin dan khalifah yang //thumbs up// seperti Rasulullah insyaAllah dan semoga menjadi insan yang soleh serta kaunselor berjaya ((terima kasih sentiasa bagi kaunseling eheh)) ok tu je takleh cakap lebih hahaha bye.





No comments:
Post a Comment